shadow

MASIHKAH ingat dengan seekor sotong kurita yang dipanggil Paul?Paul manjadi perhatian pada aksi Piala Dunia 2010 apabila berjaya membuat lapan ramalan tepat termasuk kemenangan Sepanyol ke atas Belanda di pentas akhir.

Namun selepas itu tiada lagi maskot atau ‘peramal’ yang tepat seperti yang dilakukan Paul.

Bagaimanapun seekor beruang kutub bernama Nika dipilih sebagai maskot rasmi Piala Dunia 2018 Rusia dan telah melakukan percubaan pada Piala Konfederasi Fifa yang turut berlangsung di venue sama.

Pada ramalan pertama, Nika membuat ramalan bahawa Mexico bakal mengejutkan Portugal dan ianya terjadi apabila kedua-dua pasukan mengikat seri 2-2.

Manakala Nika membuat ramalan kedua di antara perlawanan Jerman dan Australia.

Dan Nika memilih bekas makanannya yang terdapat bendera Jerman untuk menang pada perlawanan pagi Selasa nanti.

Nika merupakan seekor anak beruang kutub yang diselamatkan di Chukotka amat ‘gilakan’ bola sepak dan kadang-kala menggunakan bola sebagai bantal untuk membantunya tidur.
-MSTAR

Komen & Pendapat