Perak Hari Ini

Parlimen Belia Malaysia Perak, Beri Pakaian Raya Kepada Anak Yatim

IPOH:Ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) Negeri Perak berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama 35 anak yatim dan asnaf dengan membeli kelengkapan baju raya di Jakel cawangan Ipoh di sini, semalam.

Program ini meraikan anak-anak yatim lelaki dari Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim An-Nur Maisarah Batu 9 Chemor di sini selain bertujuan untuk berkongsi kemeriahan dan kegembiraan menyambut Syawal.

Menurut jurucakap PBM Perak, seramai 35 anak-anak yatim berumur dari dua hingga 15 tahun dibawa ke Jakel bagi memilih sendiri pakaian baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.

“Setiap anak-anak ini diperuntukkan sekitar RM150 seorang bagi membeli kelengkapan mereka lengkap dengan songkok dan sampin,” katanya.

Turut tampil memberikan sumbangan iaitu Pejabat Exco Belia dan sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

“Kita juga menerima sumbangan daripada pihak persendirian juga diskaun istimewa daripada pihak Jakel sendiri,” katanya.

Terdahulu seramai 9 wakil Ahli Parlimen Belia negeri Perak bersama-sama membantu memilih pakaian sesuai buat penerima serta turut berbuka puasa bersama kesemua 35 anak-anak yatim itu dengan juadah kegemaran pilihan mereka sendiri.

Sumbangan duit raya turut diberikan kepada anak-anak yatim tersebut bagi memberi sinar keceriaan buat mereka menyambut syawal yang akan datang tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");