Jenayah

Pekerja Syarikat Telekomunikasi Maut Jatuh Jejantas

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah syarikat telekomunikasi berusia 21 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas Stesen Monorel di KL Sentral, di sini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam kelmarin, mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan melalui jejantas berkenaan sebelum tergelincir dari ketinggian 15 meter.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat jam 1 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba, anggota polis mendapati mangsa terbaring di bawah jejantas tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.
“Mangsa dikenali sebagai Ng Ka Leong bekerja sebagai kakitangan khidmat pelanggan di tingkat 18 bangunan Plaza Sentral berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");