Perak Hari Ini

Perak Negeri Kedua Terbersih

IPOH: Kementerian Pelancongan Malaysia, meletakkan Negeri Perak sebagai negeri kedua terbersih selepas Terengganu, mengatasi Pulau Pinang di tempat ketiga dan Melaka di tempat ke empat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata kedudukan itu disifatkan mampu dicapai hasil penglibatan menyeluruh khususnya dari Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui kempen ‘Perak Yang Bersih’ yang telah dilancarkan 31 Mac lepas.

Malah katanya, ia juga hasil kerjasama erat serta usaha tanpa henti Ahli Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain kesedaran orang ramai.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), akan terus melaksanakan segala usaha dan kempen dalam menjadikan Perak sebagai negeri yang terbersih pula.

“Itu matlamat, dan visi yang Menteri Besar dan kita sendiri mahu capai.

“Kita juga menghargai usaha semua pihak dari ahli-ahli majlis,PBT dan juga saya harap pada masa depan akan ada penglibatan yang lebih besar dari warga kota”, katanya.

Tambah beliau, kempen tersebut juga akan dipergiatkan lagi bagi menyambut kedatangan Sukan Malaysia 2018 (SUKMA) di mana negeri Perak bakal menjadi tuan rumah.

 

“Semasa SUKMA nanti akan ada ramai pelancong domestik berkunjung ke Perak dan MBI telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan keselesaan atlet mahupun pelancong dan juga kebersihan kawasan Ipoh dan sekitar, terjaga”, kata Zamri.

Zamri juga berkata bagi memastikan tahap kebersihan khususnya di Ipoh sentiasa berada dalam keadaan baik, pada awal bulan Jun, MBI juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan “Team (Pasukan) Intipan Sampah”.

“Pasukan ini terdiri dari tiga pasukan di mana mereka hanya berpakaian biasa namun, mempunyai kad kuasa bagi melakukan sebarang tindakan.

“Intipan ini akan memfokuskan di kawasan-kawasan longgokan sampah haram dan sampah kebun di mana kebiasaanya ia akan menjadi lokasi orang akan membuang sampah secara berulang.

“Kita sekarang masuk dalam fasa yangs serious di mana jika kita mendapati ada pihak yang membuang sampah di kawasan tersebut dan cukup bukti,  pasukan intipan kita akan terus mengeluarkan kompaun kepada dia”, katanya.

Tambah Zamri, pihak MBI sekarang sedang mengkaji had minima bagi nilai kompaun.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Jun 2017, di Bangunan MBI, pada Rabu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");