Perak Hari Ini

PFO Giat Promosi Lokasi Menarik Untuk Filem

KAMPAR:Perak Film Office (PFO) menerusi Kerajaan dan KPerak selaku badan penyelaras menggalakkan para pembikin filem dari dalam dan luar negara memilih negeri ini sebagai lokasi pembikinan filem mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif,KPerak Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff berkata PFO bukan sahaja akan membantu menyediakan lokasi sesuai pembikinan filem tetapi juga membantu mempromosikan filem tersebut.

“Kita membantu pengiat seni terutama pembikin filem dalam menyelaraskan dan mencadangkan pemilihan lokasi yang menarik dan startegik di negeri ini.

“Selain memperkenalkan tempat menarik di negeri Perak ia adalah satu usaha mempergiatkan lagi lokasi pelancongan di negeri ini,”katanya sejurus selepas menghadiri pra tonton filem Hijab Star Ballet di Kompleks Majlis Daerah Kampar Hari ini.

Malah jelasnya lagi, pelbagai lokasi pembikinan filem telah diaturkan pihak PFO antaranya seperti Anna and The King, filem dari Hong Kong dan filem terbaru berkaitan sejarah Dato Maharajalela.

“PFO Ditubuhkan pada tahun 2011 dan diaktifkan semula pada 2016, melibatkan penyertaan pihak pembikin filem seluruh negara termasuk luar negara dan kita masih menggalakkan penyertaan lebih ramai lagi pengiat filem ke negeri ini,”katanya.

Sementara itu,Hijabsta Ballet karya pengarah filem tidak asing lagi, Syed Zulkifli Syed Nasir mempertaruhkan membawa tema keagamaan dan konflik jiwa seorang gadis mengenai Islam dan tarian ballet.

Perak merupakan negeri ke-25 lokasi jelajah filem berkenaan yang bakal ditayangkan kepada umum pada 8 Ogos ini.

Menurut Produser dan penulis skrip, Khalil Saleh, filem ini menyahut cabaran dengan menampilkan pelakon muka baru bagi membuktikan penceritaan adalah lebih penting dari elemen lain.

“Kita mempertaruhkan penceritaan cerita itu, dan khalayak perlu memahami penceritaan yang disampaikan kerana kebanyakkan filem gagal mendapat maklum balas baik apabila penceritaan tidak difahami oleh penonton,” katanya.

Menampilkan ramai muka-muka baharu dalam Hijabsta Ballet, tentu sahaja kemunculan Puteh Maimun Zahra, Danny Syazlee dan Afeera Rahman @ Batrisya ada keistimewaan tersendiri.

Turut ditampilkan beberapa pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Aida Khalida, Aman Graseka dan Keena yang menguatkan lagi filem ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");