Jenayah

Polis Tahan 23 Anggota Kongsi Gelap, Leka Acara Angkat Sumpah

SUNGAI SIPUT: Polis memberkas 23 individu termasuk seorang wanita dipercayai anggota kongsi gelap dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Lintang Makmor, di sini pada petang Isnin.

Dalam serbuan sekitar 4.30 petang itu, kesemua individu berusia 22 hingga 55 tahun itu dipercayai sedang asyik mengadakan upacara angkat sumpah sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata serbuan tersebut dilaksanakan oleh  bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

-ASTRO AWANI
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");