Jenayah

Porsche Tinggal Bangkai

JOHOR BAHRU: “Keadaan sungguh kelam-kabut ketika kejadian, api merebak dengan pantas menyebabkan seluruh bengkel membaiki kenderaan saya, termasuk kenderaan milik pelanggan, musnah,” kata pemilik bengkel yang mahu dikenali sebagai Teo, semalam.
Pada kejadian jam 9.50 malam kelmarin, lima kenderaan termasuk Porsche milik pelanggan musnah dalam kebakaran di Jalan Dahlia, Taman Dahlia, di sini.
Teo berkata, dia turut mengalami kerugian besar akibat kebakaran terbabit.
“Saya terkejut dengan kejadian ini dan tidak dapat memastikan anggaran kerugian sebenar yang ditanggung,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin berkata, dua jentera bersama 17 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kebakaran, jam 9.52 malam.
“Selain Porsche, dua Proton Wira, sebuah Nissan Almeera dan sebuah Proton Persona turut musnah terbakar.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");