Perak Hari Ini

‘Port’ Kena Serbu?

IPOH: Hanya berbaki lima hari sahaja bulan Ramadhan sebelum menjelangnya syawal, restoran terkenal di tengah bandaraya Ipoh difahamkan telah diserbu oleh pihak berkuasa hari ini.

Menerusi beberapa keping gambar yang di muat naik oleh netizen yang tersebar luas di media sosial hari ini, kelihatan beberapa orang penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah hadir ke restoran berkenaan tengah hari tadi.

Mereka dilihat meninjau keadaan luar dan dalam kedai terbabit sambil mengambil maklumat serta laporan yang diperlukan daripada pekerja dan pemilik kedai.

Terdahulu lokasi restoran ini menjadi ‘panas’ apabila kelihatan beberapa buah kenderaan menunggu seperti menggunakan perkhidmatan ‘drive thru’ sekitar jam 12 tengah hari yang menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Sementara itu menerusi komen-komen netizen kebanyakan mereka menjadikan serbuan itu satu tindakan yang baik dan sepatutnya diadakan lebih awal lagi.

“Tahniah dan syabas sebab ada tindakan dari Jaipk……walaupun tiap-tiap tahun buka dan kena serbu tapi restoran ini tetap maintain berniaga dan menjadi pilihan org ramai yang tak puasa di bulan puasa,” kata salah seorang netizen di laman Facebooknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");