Isu Panas

Ramai Lagi Fakir Miskin Tidak Dapat Bantuan Wang Zakat: Pejabat Agama Buat Apa?

Betulkah wang zakat di Negara kita tidak diselenggara dengan betul dan efektif. Malah ada khabar angin mengatakan bahawa jutaan wang zakat yang dihimpun saban tahun gagal disalurkan sepenuh kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar di Negara ini tetapi dek kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif atau lebih tepat malas, maka mereka hanya menunggu mana-mana individu untuk datang meminta bantuan di pejabat.

Akan tetapi, itu pun belum tentu individu berkenaan akan dapat wang bantuan zakat tersebut. Lebih teruk, proses untuk memohon bantuan wang zakat pun sangat menyusahkan dimana mereka perlu mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Amalan beginikah yang patut kita terapkan. Punya malas pejabat agama nak cari fakir miskin untuk salur wang zakat, duduk terperok di pejabat tanpa rasa bersalah. Sedangkan di luar sana begitu ramai insan yang mengira setiap sen untuk sesuap nasi.

Nak tunggu ada yang melaporkan baru nak ambil tahu. Itu pun belum tentu terus bergerak, ada saja alasan yang melambatkan proses menyalurkan bantuan wang zakat. Jadi bagaimana pula nasib si fakir miskin ini.

Jika pihak media boleh mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pula pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian?

Adakah pejabat-pejabat zakat tidak mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar.

Lebih buruk lagi ialah apabila sudah layak menerima bantuan wang zakat, penerima disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan bagi tujuan politik yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan sekian lama menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih dari Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Pentadbiran melayu terkenal dengan perangainya macam paku dengan penukul sekali ketuk sekali dia bergerak masuk.

Tak diketuk ia terbiar berkarat menyusahkan orang pula dengan perangai besinya.

Ada pula jenis melayu yang angkuh disuruhnya kita jangan campur urusan dia dan jika bercakap banyak dicadangkan pula kita bertanding PRU.

Apa punya ‘swell headed’ jenis manusia macam ini hidup mahu menongkat langit.

Islam kena tegur-menegur, jangan ingat semuanya ikut kehendak sendiri.

Jabatan agama sepatutnya ditadbir berlandaskan Islam dengan amanah, jujur dan yang taat akan Allah.

Masalahnya jika kakitangan pun malas, proses mohon bantuan pun menyusahkan, nak terima bantuan kena tunggu ada majlis, maka macam mana rakyat nak percaya pejabat agama.

Itu yang jadi ada kes, umat Islam sanggup minta bantuan di gereja. Jika benar perkara ini berlaku maka pejabat agama patut malu.

Justeru, apa yang diharapkan kini adalah wujudkan satu sistem baru yang lebih mudah untuk golongan fakir miskin ini memohon dan menerima bantuan wang zakat. Malah kakitangan pejabat agama, perlu lebih aktif mencari fakir miskin di setiap pelosok negara.

Baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bercakap secara terus terang tentang kelemahan pendekatan Islam di negara ini.

Beliau menyatakan penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Kita setuju dengan teguran Dr Asri ini, malah pejabat agama sepatutnya menjadi agensi yang tidak henti-henti mencari fakir miskin, asnaf dan sebagainya untuk memberi bantuan.

Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berdosa”

Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja.

Wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit bukan saja masih gagal malah jauh dari dapat menebus maruah orang Islam di negara ini.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing?

Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");