Perak Hari Ini

Rezeki Setahun Sekali

KAMPAR: Meskipun Syawal berbaki cuma dua hari sahaja lagi, permintaan terhadap daun palas ternyata masih mendapat permintaan tinggi penduduk tempatan. Daun palas atau nama saintifiknya Licuala sapinosa Roxb, adalah tergolong dalam kumpulan rumpai yang banyak digunakan semasa menyambut hari raya di mana pucuk daun palas digunakan untuk membuat ketupat pulut.

Keunikan daun itu juga memberi ruang rezeki setahun sekali apabila kedatangan hari raya yang boleh dikatakan memberikan pulangan yang agak lumayan kepada peniaga ketupat daun palas, Mimi Azura Ramli 46, yang tidak jemu mengusahakan perniagaan anyaman ketupat ini.

Harga Meningkat

Mengikut peredaran zaman juga kesukaran mendapatkan daun palas dan daun pucuk kelapa menjadikan ia turut mengalami peningkatan harga.

Menurut Mimi Azura,kesukaran mendapat kedua-dua daun berkenaan menyebabkan harganya sedikit meningkat yang pada awalnya cuma berharga 20 sen bagi satu pelepah daun kelapa.

“Kini saya terpaksa menjualnya pada harga 35 sen bagi satu pelepah manakala bagi daun palas RM1.50 sen,” katanya.

Mimi menjual kelonsong ketupat pada harga RM6 untuk 10 kelonsong dan jelasnya permintaan terhadap anyaman itu meningkat pada sehari sebelum Aidil Fitri apabila orang ramai sedang sibuk menyiapkan persiapan juadah hari raya.

Jelasnya lagi, Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar menjadi tempat utama buatnya mendapatkan stok daun ketupat dan palas hingga ke hari ini.

Minat Menganyam

Faktor minat terhadap anyaman menjadikan Mimi tidak pernah jemu mengusahakan perniagaan tersebut sejak lima tahun lalu hinggakan proses anyaman bagi sebiji kelonsong ketupat itu  mengambil masa tidak kurang daripada lima minit malah jara jemarinya cukup cekap menganyam bentuk ketupat yang dikehendaki pelanggan.

“Pada mulanya belajar menganyam sekitar dua hingga tiga bulan untuk benar-benar mahir dan cekap tetapi minat yang mendalam untuk membuat kelonsong ketupat ini tidak pernah jemu,” katanya.

Tambahnya lagi, kemahirannya teruji apabila setiap pelanggan meninginkan bentuk yang berbeza daripada kebiasaan.

“Ada yang nak bentuk dan saiz biasa dan ada juga yang ingin saiz yang kecil jadi kadang-kadang mencabar juga jika kita sedang kesuntukan masa,” katanya.

Bagi orang ramai yang berminat mendapatkan kelonsong ketupat anyaman Mimi Azura dan daun palas boleh mendapatkannya di Pasar Awam Kampar di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");