Membawang Hari Ini

Rihanna Berjaya Lupakan Chris Brown

AKHIRNYA penyanyi Rihanna sudah melupakan bekas kekasihnya Chris Brown. Menerusi laporan Hollywoodlife.com, Rihanna mengambil keputusan itu selepas lapan tahun mereka berpisah.

Ramai peminat yang beranggapan Rihanna, 29, masih menyimpan perasaan sayang terhadap penyanyi tersebut.

“Rihanna mula sedar bahawa dia perlu untuk melupakan kisah silamnya dan akhirnya dia berjaya melakukannya.

“Chris masih menghantar pesanan ringkas padanya, namun dia sedaya upaya untuk abaikan semua itu,” kata sumber terdekat.

Tiada lagi drama ‘cinta’ antara Rihanna dan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Memang tidak dinafikan mereka mempunyai ikatan persahabatan yang kuat selepas berpisah. Mungkin, ini adalah jalan yang terbaik buat Rihanna supaya tidak lagi menaruh harapan pada Chris, 28.

Dalam pada itu, ada segelintir peminat membuat andaian Rihanna kini sedang mengenali ahli sukan bernama Miles Chamley-Watson.

Namun, jangan terlalu berharap. Menurut sumber, Rihanna masih lagi solo dan dia sedang menikmati kehidupan bebasnya.

“Rihanna belum lagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Dia kini seronok menjalani kehidupan solonya,” kata sumber. -Mstar

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");