Sukan Hari Ini

Ronaldo Tak Panik

BIARPUN Portugal mensia-siakan dua kali peluang untuk menguasai perlawanan dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi pada Ahad, namun keputusan seri 2-2 pada tidak harus dibimbangkan, menurut kapten Portugal, Cristiano Ronaldo (gambar).Pemain Mexico, Hector Moreno menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mendapatkan mata selepas lima minit Cedric meletakkan Portugal di depan.

“Ini bukan keputusan yang kami mahukan, kata Ronaldo kepada Eurosport.

“Tapi tak perlu cemas, pasukan telah bermain dengan baik. Pada mulanya keputusan cukup baik dengan mata 2-1 tapi inilah bola sepak.

“Mereka menambah mata pada minit terakhir dan kini kami fikir untuk perlawanan seterusnya.

“Kami perlu terus percaya dengan kemampuan diri, kami tahu kami mempunyai peluang yang besar.

“Ada dua perlawanan lagi dan kerana itulah kami tenang. Sekarang, kami perlu fokus untuk menang pada perlawanan akan datang.

“Jika kami menang, kami hanyalah selangkah untuk bergelar juara,” ujarnya.

Portugal menentang Rusia di Moscow pada Rabu, sementara Mexico menewaskan New Zealand di Sochi.

Rusia mendahului Kumpulan A selepas menumbangkan All Whites 2-0 pada Sabtu.

Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) itu yang menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan sebelum ini mungkin tidak mempamerkan persembahan bertenaga seperti kebiasaan, namun masih digelar man-of-the-match.

Penyerang kelab Real Madrid itu yang masih dihimpit dengan kontroversi cukai telah menetapkan mata pembukaan buat Portugal.
-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");