Membawang Hari Ini

Saya Lebih Dikenali Di Malaysia – Dzawin

Pelawak Dzawin mengakui namanya lebih dikenali di Malaysia berbanding di negaranya sendiri iaitu Indonesia.

Menurut Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, dia menggangap mungkin rezekinya sudah tertulis di sini dan penglibatannya dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 ternyata membuahkan hasil.

“Nama saya lebih dikenali di Malaysia berbanding Indonesia meskipun saya memulakan karier sebagai pelawak di sana terlebih dahulu.

“Hingga kini saya sendiri masih tanya pada diri sendiri kenapa saya kurang diterima di sana.

“Tapi saya berterima kasih kepada program MLM 2017 kerana memberi peluang kepada saya untuk lebarkan bakat dalam bidang komedi.

“Ternyata selepas memasuki program ini nama saya semakin dikenali malah sekarang saya juga mempunyai perancangan untuk menetap di Malaysia memandangkan tawaran lebih banyak di sini,” katanya ketika ditemui pada sesi pengambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");