Membawang Hari Ini

Selepas Putus Dengan Fattah Amin, Sherry Ibrahim Akui Ambil Masa Untuk Bercinta

Pelakon Sherry Ibrahim akui mengambil masa yang lama untuk berkenalan sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 34, berkata buat masa ini dia mempunyai ramai kenalan, namun belum ada yang serius.

“Saya ada ramai kawan, tetapi belum ada menjalin hubungan yang serius ke peringkat hubungan cinta.

“Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk berkenalan dan sebagainya.

“Lagipun saya seorang yang akan mengambil masa yang lama untuk berkenalan dan menjalinkan hububungan cinta.

“Tetapi bila saya berjumpa dengan orang yang sesuai nanti insya-Allah saya akan bercinta juga,” katanya.

Apabila ditanya, adakah kegagalan cintanya bersama aktor Fattah Amin menyebabkan dia sukar untuk menerima cinta baharu, Sherry menafikannya.

“Tiada kena mengena dengan sesiapa atau kisah yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya lebih suka simpan cerita peribadi saya daripada menwar-warkan kepada umum.

“Saya hanya ambilnya sebagai pengajaran,” katanya lagi.

Mengenai perkembanagn lain, Sherry kini sedang menjalani rakaman prpgram Pesona Muslimah sebagai hos untuk siaran Astro Oasis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");