Perak Hari Ini

Seleweng Wang: Persatuan Peniaga Kecil Bergerak Kinta Mahu Polis Ambil Tindakan Terhadap AJK

IPOH: Anggota Persatuan Peniaga Kecil Bergerak Kinta hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat sekiranya berlaku salah guna kuasa oleh ahli jawatankuasa (AJK) tertinggi persatuan tersebut.

Wakil persatuan berkenaan, Yuen Tuck San, 45, berkata laporan polis dibuat setelah tempoh yang diberikan kepada AJK tertinggi persatuan untuk mengemukakan perkara sebenar telah berakhir tanpa sebarang maklum balas.

“Pengerusi serta ahli jawatankuasa tertinggi persatuan telah diberi amanah oleh AJK sebelum ini. Malah telah diserahkan kepadanya wang sebanyak RM 215,338, termasuk baki akaun semasa sebanyak RM 20,470 dan wang simpanan tetap sebanyak RM194,868, semasa perlantikan baru pada 31 Disember 2016.

“Namun, apa yang membingungkan, dalam penyata kewangan di Mesyuarat Agung Tahunan 2016, baki akaun persatuan hanyalah sebanyak RM 134,609″, katanya.

Tambahnya, ketika menyemak penyata kewangan tersebut, AJK tertinggi telah membuat pengeluaran dua simpanan tetap bagi pengubahsuaian pejabat baru, perabot, membeli laptop dan sebagainya.

Bagaimanapun jelas beliau, pengeluaran sebanyak RM500,000 daripada akaun persatuan peniaga tersebut tidak diketahui oleh ahli-ahli yang lain.

“Kita nak polis siasat dan kita nak tahu bagaimana RM500,000 itu dikeluarkan dan digunakan bagi membuat ubah suai.

“Kita juga diberitahu yang AJK tertinggi ini menyatakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang 135 ahli ini bersetuju dengan tindakan tersebut padahal, ia sebaliknya. Semua ahli persatuan tak tahu.”, katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah ketika ditemui memberitahu bahawa ada pihak yang kurang senang dengan tindakan persatuan berkenaan ekoran laporan media yang dibuat sebelum ini.

“Saya ada menerima pesanan ringkas dari pihak yang tidak dikenali di mana dia meminta saya agar tidak membabitkan diri dalam perkara ini.

“Tetapi saya tidak akan berganjak dengan keputusan saya untuk memperjuangkan nasib bagi sesiapa sahaja membuat aduan telah dianiaya kepada saya”, katanya.

Sebelum ini persatuan berkenaan telah membuat aduan berkaitan perkara tersebut kepada Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak.

Malah, mereka telah memberi tempoh selama 48 jam kepada AJK tertinggi persatuan untuk tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelak kekeliruan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");