Perak Hari Ini

Semarakkan Aidilfitri: Pemuda UMNO Bagan Serai Anjur Pesta Panjut

BAGAN SERAI: Bagi menyemarakkan ketibaan Syawal yang berbekal beberapa hari lagi ini, Pemuda UMNO Bagan Serai mengambil initiatif dengan mengadakan Pertandingan Pesta Panjut.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Nazirul Jamaludin berkata, pesta yang bakal berlangsung pada 20 sehingga 21 Jun ini merupakan antara kelainan yang cuba dilaksanakan dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Katanya, pesta yang kebiasaanya disambut di Kuala Kangsar itu diadakan secara pertandingan dan mempunyai hadiah bagi pemenang.

“Pihak pemuda mewujudkan satu pertandingan mencipta dan menghias panjut bagi memeriahkan lagi suasana bulan puasa di Kerian.

“Walaupun diakui ianya adalah tradisi dari daerah Kuala Kangsar, namun kali ini tradisi ini diwujud dan dibawa ke sini dalam bentuk pertandingan.

“Kita menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM 4,000 dan sehingga kini penyertaan yang diterima adalah sebanyak 25 pasukan,” katanya ketika meninjau persiapan yang dilakukan oleh sebuah kumpulan dari Jalan Banjar,Masjid Tinggi, disini, semalam.

Tambah beliau, pertandingan ini dijalankan secara peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihaknya akan melihat sendiri ke setiap lokasi panjut ataupun pelita yang dihias secara kreatif, bagi tujuan pemarkahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");