Sukan Hari Ini

Siapa Pengganti De Gea?

MANCHESTER United mendedahkan senarai nama yang bakal menggantikan David De Gea sekiranya penjaga gol itu menyertai Real Madrid.

Kelab Old Trafford yakin untuk mempertahankan pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu tetapi baru-baru ini difahamkan Jose Mourinho akan menjual De Gea pada harga ‘premium’.

Penjaga gol United itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tiada rahsia lagi bagi De Gea yang mahu bermain untuk Real Madrid tetapi beliau tidak terdesak untuk segera ke kelab itu.

Memetik laporan Sportsmail, Real Madrid akan menawarkan wang atau tawaran melibatkan pemain-pemain seperti Alvaro Morata.

Bagaimanapun, Manchester United mempunyai senarai nama yang menjadi pilihan sebagai gantian kepada De Gea seperti Joe Hart dari Manchester City.

Selain itu, penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumm dan Samir Handanovic dari Inter Milan turut menjadi pilihan.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");