Isu Panas

Sokong Kepimpinan Mat Nadzari

KUALA KUBU BHARU – Pemimpin akar umbi Umno Bahagian Hulu Selangor menyatakan kesetiaan kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan bagi mengetuai kepimpinan sekarang.

Seramai 338 pemimpin terdiri daripada ketua cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Hulu Selangor itu menyatakan pendirian dalam satu sidang media kelmarin, berikutan penularan sebuah video memaparkan 17 individu yang mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan kepada ketua dan timbalan ketua Umno bahagian tersebut.

Video berdurasi 55 saat itu tular di media sosial sejak minggu lepas dan diketuai Ketua Cawangan Taman Seri Batang Kali yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Marjohan.

Berdasarkan video terbabit, kumpulan berkenaan turut menolak Timbalan Umno Bahagian Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanif sebagai calon PRU14 akan datang.

Pada masa sama, mereka menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Cawangan Semarak Seksyen 2, Bandar Utama Batang Kali, Azman Abdul Jamal berkata, ketua Umno bahagian Hulu Selangor dimaksudkan itu adalah Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali yang menang dengan majoriti 5,092 pada PRU13.

“Umno Bahagian Hulu Selangor mempunyai 149 cawangan dengan keahlian seramai 28,762 orang. Berdasarkan pada klip video tersebut, ia hanya mewakili lapan peratus daripada seluruh cawangan di Hulu Selangor yang cuba perjuangkan kepentingan peribadi dengan menolak kepentingan parti.

“Kami percaya ada dalang di sebalik isu ini sebagai pihak yang cuba cari peluang untuk jadi calon pada PRU14 serta pemilihan tertinggi parti akan datang, yang jadi matlamat kumpulan minoriti ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");