Berita Hari Ini

SPRM, EAIC Wujud Jawatankuasa Bersama Tangani Rasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa bersama bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan agensi penguatkuasaan.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu dipersetujui hasil pertemuan dan perbincangan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bersama delegasi EAIC yang diketuai Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam di sini, semalam.

“SPRM dan EAIC mengadakan pertemuan bagi membincangkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk memerangi gejala rasuah, salah guna kuasa serta salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan, khususnya 21 agensi di bawah seliaan EAIC.

“Hasil perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bersama yang akan memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat, kepakaran, teknologi dan kajian masing-masing sebagai medium jalinan kerjasama strategik,” katanya lapor Berita harian.

Tambah kenyataan itu, kedua-dua pihak juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan operasi bersama pada masa akan datang supaya isu yang membabitkan bidang kuasa masing-masing dapat ditangani secara lebih berkesan dan menyeluruh.

“Kerjasama ini juga mampu memberi peluang kepada SPRM bagi merealisasikan matlamatnya untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang tahun 2020.

“SPRM dan EAIC berharap inisiatif kerjasama ini akan menghantar mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa kedua-dua badan ini benar-benar serius dalam memerangi dan melumpuhkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, khususnya dalam kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");