Jenayah

STING Tahan 9 Warga Nigeria, Rampas 1kg Dadah

KUALA LUMPUR – Sembilan warga Nigeria disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar ibu negara ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Kesemua suspek ditahan di Setapak di sini dan turut dirampas satu kilogram dadah dipercayai syabu, katanya sambil mengucapkan syabas kepada STING.

“Syabas STING@PDRMsia semalam tangkap 9 orang Warga Nigeria di Setapak dan rampas 1kg Syabu. #GoPDRMGo,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");