Perak Hari Ini

Tiada Beras Plastik

IPOH: Pengarah Negeri, Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perak, Abdul Rahim Rashid hari ini menafikan dakwaan beras Cap Rambutan, syarikat OEL Distribution (Perak) Sdn. Bhd. dihasilkan dari plastik, sebagaimana tular di laman-laman sosial.

 

 

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kilang OEL Perak tidak mempunyai mesin memproses beras malah kajian iodin terhadap sampel beras juga menunjukkan ianya tulen.

 

“Daripada pemerhatian tadi, kami mengesahkan syarikat ini tidak mempunyai mesin memproses beras daripada plastik, ianya hanya terdapat mesin memproses beras yang diperolehi dari kilang untuk dicuci, dikampit dan dipasarkan.

 

Tambah beliau, sebagaimana keputusan di Kedah dan Johor, tuduhan terhadap jenama dan syarikat ini tidak berasas sama sekali.

 

“Jadi pada peringkat awal ini, kita dapati tuduhan terhadap syarikat dan jenama ini memang tidak berasas”, katanya

 

 

Jelas beliau lagi, sampel beras yang telah diambil juga akan diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Perak bagi mendapatkan hasil dan jawapan dari aspek saintifik.

 

“Pihak kami hanya dapat bagi keputusan secara rambang, dari segi teknikal mahupun saintifik, kita akan serahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia dan keputusan mungkin akan dapat kira-kira dalam masa seminggu, namun, ia bergantung juga kepada mereka (Jabatan Kimia Malaysia)”, tambah beliau.

 

Abdul Rahim berkata selepas Perak, KPB akan mengadakan siasatan dan lawatan yang sama, terhadap kilang OEL di Rawang.

 

 

Pada masa sama, Abdul Rahim juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan bukti terhadap dakwaan ‘beras plastik’ ini melaporkan ke pejabat-pejabat KPB Negeri.

 

“Kami mengharap jika ada pengguna yang terjumpa dengan beras yang dikatakan daripada plastik itu agar datang dan kemukakan aduan terus kepada kami.

 

“Kalau hanya tularkan di laman sosial, ianya sukar untuk diambil tindakan kerana tiada bukti kukuh untuk dibuat analisa”, katanya.

 

Sebelum ini ,tular di laman-laman media sosial, dikatakan beras dari Cap Rambutan Super Special Tempatan 5%, ini dihasilkan dari plastik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");