Sukan Hari Ini

Tiada Pemain Lebih Besar Daripada Kelab -Figo

LUIS Figo menegaskan bahawa “tiada siapa yang tidak boleh diketepikan” di kala spekulasi melibatkan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo di ambang meninggalkan Real Madrid.

Ronaldo masih belum memberikan sebarang ulasan mengenai masa depannya selepas berhasrat untuk meninggalkan Santiago Bernabeu, minggu lalu.

ROnaldo membuat keputusan tersebut selepas dia telah didakwa terlibat dengan kes penipuan cukai yang bernilai EURO14.7 juta (RM703 juta).

Bekas kelabnya, Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) telah dikaitkan dengan dalam usaha untuk mendapatkan pemain berusia 32 tahun itu.

Presiden Real, Florentino Perez menegaskan bahawa mereka telah memiliki sebarang perancangan untuk menjual Ronaldo, tetapi Figo menyatakan bahawa tiada pemain atau pegawai eksekutif yang lebih besar daripada kelab.
pean champions giants.

“Saya berpendapat tiada siapa yang tidak boleh diketepikan, bukan hanya Ronaldo,” kata Figo.

“Kelab tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Sejarah kelab ini telah menyaksikan ia lebih besar daripada sesiapan, termasuk presiden sekalipun.

Di sebalik yakin bahawa Real mampu menghadapi musim akan datang tanpa Ronaldo, Figo tidak percaya bahawa pemenang Ballon d’Or 2016 dan juga pemain pilihan untuk dinobat sekali lagi akan meninggalkan Santiago Bernabeu.

“Banyak perkara yang akan berlaku kepada Ronaldo jika dia mengambil keputusan untuk berhijrah.”

Ronaldo kini bersama Portugal bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi dan menjaringkan gol tunggal ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Russia di Moscow.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");