Sukan Hari Ini

Wee Kiong Tekad Bangkit Di Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain beregu negara Tan Wee Kiong berharap dapat melakukan kebangkitan semula pada Terbuka Australia bermula 20 Jun ini sekiranya terpilih beraksi di kejohanan berstatus Siri Super itu.
Faktor kecederaan lututnya serta gandingan, Goh V Shem menyaksikan mereka berdua terpaksa menarik diri daripada Terbuka Indonesia yang sedang berlangsung ketika ini.
Justeru Wee Kiong tidak mahu mensia-siakan peluang untuk kembali beraksi di tahap sebenar pada Terbuka Australia selepas meraih keputusan kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.
“Sekarang saya sudah 99 peratus pulih. Saya sudah menjalani latihan dan nampaknya tiada sebarang masalah.
“Sudah tentu kami berdua mahu memberikan yang terbaik sekiranya beraksi pada Terbuka Australia nanti,” katanya.
Jelas Wee Kiong, ketika ini dia serta V Shem sedang bekerja keras ketika sesi latihan untuk memantapkan kembali gandingan mereka.
“Harap selepas ini kami dapat kembali kepada prestasi dulu,” kata bekas beregu nombor satu dunia itu.
-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");