Sukan Hari Ini

Wenger Mahu Pecah Rekod, Penyerang Impian Enggan Ke Arsenal

ARSENAL dilapor sedia menawarkan yuran perpindahan yang bakal memecah rekod dunia bagi mendapatkan pemain idaman mereka.

Malah tawaran kedua itu turut melibatkan pertukaran penyerang utama The Gunners, Olivier Giroud ke Monaco bagi memastikan Kylian Mbappe dibawa ke London.

Penyerang Perancis berusia 18 tahun itu, turut diburu oleh beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid.

Arsene Wenger telah menawarkan bidaan sebanyak 121.8 juta pound sterling untuk Mbappe, beberapa hari selepas bos Madrid, Zinedine Zidane meletakkan harga sebanyak 118 juta pound sterling bagi penyerang itu.

Tawaran Arsenal sebelum ini iaitu sebanyak 87 juta pound sterling ditolak oleh Monaco seminggu sebelumnya.

Kini Wenger sedia memecah tradisinya dalam berbelanja untuk membeli pemain baharu apabila mahu megatas rekod perpindahan yang kini dipegang oleh bintang Manchester United, Paul Pogba.

Malah Wenger berasa yakin bahawa Mbappe akan dibawa ke Emirates pada musim depan disebabkan sejarah pembangunan pemain muda Perancis di Arsenal.

Bagaimanapun, sasaran Arsenal itu memberi bayangan bahawa dia tidak akan ke London disebabkan satu perkara iaitu Liga Juara-Juara.

Dalam kenyataan terbaharu, Mbappe berkata, Liga Juara-Juara merupakan satu obsesi.

“Liga Juara-Juara adalah impian, kejohanan yang mahu dimenangi dan hanya segelintir kelab boleh memenanginya.

“Perkara paling penting adalah gelaran juara. Saya terlalu obses tentang perkara itu terutamanya memenangi Ballon d’Or,” katanya. – SUN.uk

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");