Berita Hari Ini

109 Mangsa Banjir Kilat Di Mesapol Dipindahkan

SIPITANG: Seramai 109 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat jam 5 petang tadi, susulan banjir kilat di Kampung Mesapol Lama, di sini, dalam kejadian awal pagi.

Semua mangsa membabitkan 42 keluarga dari empat kampung itu ditempatkan di Dewan Masyarakat Sipitang dalam kejadian banjir kilat kira-kira jam 5.30 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata empat kampung terbabit ialah Kampung Mesapol Lama, Kalamauh, Tunggul Tinggi dan Lalang.

“Pasukan bomba memberikan bantuan untuk memindahkan mangsa yang berada di kawasan terjejas ke kawasan selamat. Setakat jam 5 petang ini, seramai 109 penduduk yang terjejas dipindahkan ke Dewan Masyarakat Sipitang.

“Ini membabitkan 55 wanita dan 54 lelaki dengan 39 daripada jumlah itu adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 6.06 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.26 pagi.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");