Berita Hari Ini

25 Kementerian Capai Prestasi Cemerlang

KUALA LUMPUR: Kesemua 25 kementerian mencapai tahap cemerlang pada tahun lepas berbanding dua tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1.
Menurut intisari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan.

“Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementerian mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementerian pada 2015 dan 24 kementerian pada 2014,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) di 25 kementerian, 18 jabatan Persekutuan yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutuan yang diaudit secara pusingan tiga tahun.
Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. 
-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");