Isu Panas

3 Kepala Dalam HARAPAN: Hanya Untuk Kaburi Pengundi Melayu

Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada PPBM sebagai pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR sebagai ketua umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Kenyataan bahawa “Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti politik yang sama rata. “Tiada mana-mana antara empat parti dalam Pakatan Harapan yang menguasai ala UMNO dalam BN.”

Namun kenyataan itu sekaligus membayangkan sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan selepas berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu.

Ia termasuk tentang kedudukan dan kepentingan kaum Melayu serta agama Islam di negara ini.

Ironinya, DAP berulang kali menyatakan pendiriannnya bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dan membantah usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Parlimen.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM.

Setakat ini, DAP dilihat mula merangka rancangan untuk mengurangkan sedikit demi sedikit kedudukan orang Melayu di Negara ini.

Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Kasthuri Patto baru-baru ini mengumumkan untuk memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) yang telah wujud di Malaysia sejak tahun 1974 sejurus sahaja Pakatan Harapan yang diketuai parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, kewujudan BTN bakal menganggu usaha Pakatan Harapan untuk menegakkan hak kebebasan dan kesamarataan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini selepas menjadi Kerajaan Persekutuan.

Hak kebebasan apakah yang diinginkan DAP?

Adakah hak untuk Guan Eng menambahkan bilangan bunglownya, atau hak untuk memansuhkan terus hak-hak dan keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagan.

DAP mungkin tidak sedar akan peranan serta fungsi BTN dimana penubuhannya adalah bertujuan untuk melaksanakan program-program cinta yang menanamkan unsur-unsur kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dan pelajar serta masyarakat Malaysia bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

Mungkin pemimpin-pemimpin DAP tidak pernah mempunyai semangat patriotisme dan cintakan Negara dan atas sebab itu mereka merasakan ia tidak penting. Dan mungkin disebabkan itu juga pemimpin DAP dilihat  tidak habis-habis mencetuskan huru-hara dengan kenyataan dan tindakan rasis mereka.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");