Membawang Hari Ini

Adam Hamid Terkena Jangkitan Kuman di Paru-paru

Pelakon yang juga pengarah drama, Adam Hamid, 44, disahkan menghidap penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi laporan Kosmo! adik Adam, Abdul Haniff Karamdin berkata, keadaan kesihatan Adam yang sebelum ini berada pada tahap yang membimbangkan kini menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke PPUM Sabtu lalu.

“Pada mulanya, dia disyaki menghidap tibi (batuk kering).

“Namun apabila dibawa melakukan pemeriksaan dan bertemu doktor yang berlainan, Adam disahkan menghidap penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");