Membawang Hari Ini

Aishah Mula Diterima Di Singapura

KUALA LUMPUR : Penyanyi Aisyah Aziz, berkongsi kisahnya yang mula mengembangkan kerjaya seni di negara kelahirannya, Singapura.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia 2013 itu berkata, dia tidak merancang untuk meluaskan pasaran kepada bangsa lain di negara seberang namun bersyukur dengan perkembangan positif itu.

“Tahun ini saya banyak menerima undangan membuat persembahan korporat di Singapura. Alhamdulillah, walaupun jarang keluar di kaca televisyen tetapi rezeki masih tidak putus.

“Saya mula berjinak-jinak untuk menembusi pasaran Inggeris di Singapura dan mula mendekati bangsa lain. Saya bersyukur dengan peluang ini dan menggunakan ia sebaik mungkin.

“Kesibukan bekerja di Singapura membataskan masa saya untuk mempromosikan single duet bersama Haikal Ali yang berjudul Senyum Saja,” katanya memetik laporan BH Online.

Adik kepada penyanyi, Aliff Aziz menyatakan hasrat untuk membahagikan masa sebaiknya di Malaysia dan Singapura.

Selain itu, Aisyah juga merancang untuk mempromosikan single ciptaan Aizat Amdan dalam tempoh terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");