Isu Panas

“Apa Lagi Yang Akan Naik Kalau BN Menang Lagi?”

SHAH ALAM – Pas akan menerajui kempen “Apa lagi yang akan naik kalau BN menang lagi?” menjelang PRU14 akan datang.

Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kempen itu merupakan senjata ampuh parti itu untuk mengajak rakyat ke arah perubahan bersama Gagasan Sejahtera.

“Soalan ‘Apa lagi yang akan naik kalau BN menang lagi?” akan menjadi senjata yang sangat tajam menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti.

“Dan Pas akan menerajui kempen ini untuk menerajui perubahan itu,” katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, empat tahun sejak 2013, rakyat menyaksikan sejak kehadiran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai Ringgit yang mendadak.

“Kedua-dua musibah ini telah mengakibatkan kehidupan rakyat berubah dengan rancak,” katanya.

Rentetan itu, katanya, kini, rakyat terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat jauh lebih cepat daripada pendapatan mereka sementara mendengar berita demi berita bagaimana wang negara dibazirkan, diselewengkan, dicuri dan juga keciciran.

“Bajet-bajet kementerian dipotong, termasuklah dua bajet yang tidak seharusnya disentuh jika kerajaan sayang terhadap generasi seterusnya iaitu pendidikan dan perubatan,” katanya.

Justeru, katanya, sesiapa yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana dan rendah, terutamanya kakitangan kerajaan akan merasai apa yang diperkatakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");