Perak Hari Ini

‘Azwan Bro’ Akan Tubuh Yayasan Bagi Bantu Belia Ipoh

IPOH: Satu yayasan baru bakal ditubuhkan bertujuan untuk membantu  golongan belia di Ipoh mendapat kemudahan dan pendedahan kepada ilmu dan pendidikan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, beliau akan menyumbangkan peruntukan senator sebanyak RM 20 ribu bagi penubuhan yayasan berkenaan.
“Walaupun ini cadangan dari saya namun, saya akan memberi tangungjawab ini kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Tambun bagi merealisasikan perkara ini”, katanya.
Tambah Khairul Azwan lagi,  selain pendidikan yayasan berkenaan juga bakal digerakkan ke arah pengukuhan perpaduan dan integrasi antara kaum dalam konteks TN50.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Ipoh Barat di Bangunan UMNO Negeri Perak pada Jumaat, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");