Membawang Hari Ini

Baru 5 Hari, Lagu “I Am Me” Dapat Sambutan Hangat Di Youtube

Baru lima hari dimuat naik ke YouTube, lagu nyanyian jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Vida mendapat sambutan hangat dengan tontonan hampir 300,000 kali.
Lagu berjudul “I am Me” itu merupakan single pertamanya dikeluarkan syarikat KRU Music dan mula dipertonton kepada umum pada 13 Julai lalu.
Pemilik dan pengasas Vida Beauty tampil dalam klip video dengan latar belakang warna kegemarannya iaitu merah jambu.
Vida seperti biasa memakai mahkota di atas kepalanya dan menyanyi serta menari dengan gaya tersendiri.
Kini beliau bergelar artis bawah naungan KRU Music dan klip video lagi itu diarahkan Yusry Abdul Halim.
Hasmiza sebelum ini dilihat sudah memperkenalkan lagu tersebut melalui video teaser yang disiarkan pada penghujung Jun lalu.
Semakan sehingga kini mendapati, video yang dimuat naik secara rasmi oleh KRU Music sudah mencapai tontonan sebanyak 283,327 kali disusuli dengan pelbagai komentar penonton.
Ada yang beranggapan nyanyian dan persembahan Vida itu bakal menjadi lagu terbaik 2017.
“Selamat datang ke industri muzik Malaysia DSV (Datuk Seri Vida). Sesungguhnya kehadiran DVS ke industri muzik Malaysia mewarnai lagi kemeriahan.
“Sesuai dengan tajuk I am Me, keletah aksi tarian sensual yang dipamerkan dalam video ini betul-betul memenuhi ruang lingkup kekosongan sebagai penghibur sejati.
“Teruskan berkarya DSV. Saya jangka lagu I am Me bakal menjadi lagu terbaik 2017,” kata pemilik akaun You Tube, Hijau Kertas.
Sementara itu, sejak lagu I am Me diperkenalkan, Vida dilihat sudah mula tampil di pentas dengan menyampaikan persembahan secara langsung lagu tersebut.
Berdasarkan semakan di YouTube, terdapat beberapa video mempamerkan Vida tampil sebagai penyanyi dan melakukan persembahan pentas sambil diiringi penari khas.
Selain itu bagi penggiat video parodi, nyanyian Vida kali ini menjadi bahan terbaru untuk menghasilkan video parodi mereka.
Pemilik akaun YouTube, Thefaizroslan nampaknya bertindak pantas membuat penampilan parodinya dengan menggunakan lagu I am Me dan meniru gaya Hasmiza.?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");