Perak Hari Ini

Bengang Dihalau Pemaju: Petani Hantar Memorandum Kepada MB Perak

IPOH:Seramai 15 petani di Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor hari ini menghantar memorandum meminta Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempertimbangkan tiga tuntutan berkaitan masalah tanah yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu.

Semua petani di kawasan berkenaan difahamkan telah diberi notis oleh sebuah syarikat pemaju agar mereka keluar dari kawasan berkenaan yang didakwa telah menjadi hak milik pihak pemaju.

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan kekeliruan berikutan setiap petani memiliki Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang diperoleh sejak 2003 lalu.

Malah, TOL berkenaan diperbaharui setiap tahun sehinggalah pada 2009 mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak lagi diberikan TOL untuk meneruskan aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, para petani tersebut telah menghantar memorandum itu kepada wakil Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) di sini hari ini.

Tiga permintaan utama yang dikemukan dalam memorandum tersebut adalah memohon supaya Menteri Besar memberikan status tanah hak milik kekal kepada para petani, menghentikan tindakan pengusiran secara paksaan, tampil memberi penjelasan berkaitan TOL yang telah dihentikan selain menyelesaikan masalah itu secara rundingan.

Wakil petani, Chong Kong Yew

Kerajaan Negeri dilihat perlu tampil dengan pendekatan dan polisi yang bersesuaian bagi mengatasi masalah para petani tersebut.

Terdahulu, wakil petani yang ditemui Chong Kong Yew berkata pihak pemaju telah memberi tempoh selama dua minggu untuk meninggalkan tanah berkenaan sebelum tindakan dibuat termasuk menggunakan jentera berat.

Mereka dikatakan telah diberi amaran supaya tinggalkan tanah ini dan sekiranya enggan kawasan pertanian mereka akan dimunsahkan.

15 petani berkenaan difahamkan telah mengusahakan tanah tersebut hampir 40 tahun dengan mengusahakan tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");