Perak Hari Ini

Bersatu Tak Relevan, Cuba Kelirukan Rakyat

BAGAN SERAI:Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno tidak akan mampu menahan gelombang “tsunami Melayu” yang bakal melanda kubu-kubu kuatnya disifatkan satu kenyataan yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr.Noor Azmi Ghazali berkata kenyataan itu sama sekali tidak mencerminkan kebenarannya malah kekuatan parti itu juga diragui sehingga kini.

“Saya tidak nampak kebenaran ada terdapatnya gelombang ‘tsunami Melayu’ tetapi hanya bersifat mengelirukan rakyat.

“Jika dilihat Bersatu ini tidaklah kuat malah cita-citanya berbeza apabila mempunyai agenda peribadi masing-masing..katakan ada gelombang Melayu akan berubah Saya tidak nampak, lihat sahaja di Bagan Serai, Bersatu hanya satu bilangan kecil,” katanya kepada Peraktoday pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Dun Alor Pongsu di sini hari ini.

Katanya parti itu juga seolah tidak relevan kerana masih belum mampu bekerjsama dalam Pakatan pembangkang itu sendiri malah kini menjadi kelompok minoriti yang cuba menghancurkan kerajaan.

Tambahnya lagi,bilangan yang terlibat dengan parti Bersatu amat sedikit dan mereka sendiri tidak bersatu pada realitinya apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza.

Sementara itu, mengulas sama ada pemimpin UMNO kelihatan semakin gusar hingga bertindak menyerang Bersatu, tegas Azmi pemimpin UMNO sama sekali tidak menyerang tetapi sebaliknya hanya menyatakan kebenaran.

“Sekiranya mereka mengeluarkan kata-kata yang tidak betul jadi pemimpin UMNO akan bangun menafikannya supaya rakyat tidak jauh terkeliru.

“Banyak juga ahli Bersatu di Perak sendiri yang telah keluar dari parti itu kerana perjuangan yang tidak jelas dan perjuangan mereka ada agenda tersendiri terutama dalam pucuk pimpinan parti itu.

“Timbul parti sebegini tidak akan terkesan sangat bagaimanapun pihak kerajaan tidak akan duduk senang-lenang dan bertindak mengikut kesesuaian,” katanya.

Malah jelas Dr Azmi lagi, Presiden Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad juga disaran supaya berehat berikutan ‘zamannya’ telah lama berakhir.

“Dahulunya musuh dia adalah Lim Kit Siang sekarang mereka berkawan dan dia yang memasukkan Anwar ke dalam penjara sekarang buat pusingan U-Turn.

“Bersatu duduk dengan DAP sama sekali tidak akan memperjuangkan hak Melayu dan rakyat tidak akan keliru perjuangan Umno yang dari dulu mempertahankan hak Melayu tetapi perlu diperbaiki lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");