Jenayah

Bertekak Pasal Parkir, Raja Salman Perintah Putera Arab Saudi Ditahan

RIYADH: Seorang putera Arab Saudi ditahan, selepas satu rakaman video menunjukkan dia menyerang seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dilaporkan telah mengarahkan penahanan Putera Saud bin Musaid, sehari selepas video itu disiarkan di media sosial.

Menurut polis, rakaman dibuat penyerang itu sendiri dan menunjukkan seorang pemandu warga Yaman bertekak mengenai tempat parkir di depan rumahnya.

Pemandu itu kemudian kelihatan direntap pada bahagian kolar baju dan dimaki hamun tatkala darah mula menitis daripada mulutnya.

Sementara itu polis Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, Raja Salman mengarahkan penahanan Putera Saud bin Musaid kerana melakukan serangan.

Ia juga bagi menunjukkan bahawa baginda akan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira kedudukan dan pangkat memetik sumber Agensi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");