Isu Panas

Biar Tun M Sendiri Debat: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Program Nothing to Hide 2.0 perlu dikhaskan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab sendiri semua dakwaan terhadap beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih banyak isu berkaitan bekas perdana menteri itu ketika pemerintahannya dahulu, belum dijawab.

“Eloklah pembangkang buat program Nothing to Hide 2.0 ini dengan Mahathir sebab banyak lagi yang dia hide (sembunyi).

“Isu kerugian Proton, kerugian Perwaja, kerugian Bakun, forex…ini yang dia hide selama ini. Lebih baik pembangkang berdebat dengan Mahathir supaya beliau boleh terangkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Semarak Aidilfitri Mara, pada Rabu lapor Sinar Harian.

Kelmarin, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya dalam program Nothing to Hide 2.0.

Mahathir berkata, jika Najib tidak menghadiri Nothing to Hide 2, Bersatu akan tetap meneruskan program tersebut bagi menjawab segala isu membabitkan beliau.

Mengulas lanjut mengenainya, Ismail Sabri berkata, debat tidak akan menyelesaikan masalah kerana pembangkang akan terus tidak berpuas hati walaupun kerajaan telah memberikan jawapan kepada isu dibangkitkan.

“Bukan bermakna kita jawab, mereka akan puas hati. Dalam kepala mereka, mereka tak akan puas hati apa sahaja jawapan kerajaan, sebab mereka hanya mahu membangkang.

“Cara pembangkang negara kita tidak seperti pembangkang negara maju lain. Pembangkang kita, mereka akan terus bangkang walaupun dah dapat jawapan sebenar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");