Isu Panas

BN Selangor Sedang Perhalusi Manifesto

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor sedang memperhalusi manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan keutamaannya dibahagikan mengikut kawasan bandar dan luar bandar di negeri berkenaan.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima input dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk bekas pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi penyediaan manifesto itu.

“Perincian manifesto itu nanti, kita tunggu lah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Selangor di sini, malam tadi memetik laporan Bernama.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Noh, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata manifesto BN Selangor akan dibahagikan mengikut kategori iaitu di kawasan bandar serta luar bandar, dan ia berbeza mengikut 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Beliau turut menggesa semua kepimpinan BN negeri bekerja keras mendedahkan kepincangan kerajaan Selangor diterajui Parti Keadilan Rakyat, yang gagal membela nasib rakyat, sehingga kini.

Malah Noh turut meminta calon yang tidak dipilih bertanding pada PRU14 supaya tidak kecewa dan terus mendahulukan parti dengan memberi khidmat bakti kepada rakyat dan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");