Perak Hari Ini

BN Tidak Akan Gentar Dengan HARAPAN: Ds Zambry

MANJUNG:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan senarai kepimpinan yang diumumkan Pakatan Harapan bukan sahaja berkisar terhadap kuasa membuat keputusan tetapi kepada situasi perebutan kuasa semata.

Malah tegasnya, Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak gentar dan terdesak apabila menyaksikan pakatan ‘dua manusia’ duduk semeja yang hanya bertujuan bagi menjatuhkan satu tokoh.

“BN melihat bahawa yang terdesaknya bukan BN tetapi mereka kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh membentuk satu pakatan.

“Lihat pakatan itu sendiri tidak dapat dizahirkan secara jelas sehinggalah mantan tokoh kedua-duanya dapat duduk bersama-sama

“Kita dapat lihat terjemahan dan susunan struktur organisasinya ada tiga struktur teratas manakala ada tiga struktur timbalan dibawah… ada ketua umum, ada pengerusi dan adanya Presiden semua boleh bayangkan bagaimana dia ingin membentuk,” katanya kepada media sejurus selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Parlimen Lumut hari ini.

Tambahnya, sistem susunan kepimpinan itu dilihat mengelirukan apabila pihak mana yang lebih berkuasa.

“Kuasa siapa lebih siapa yang akan menjadi kuasa pemutus dan apa mungkin akan bentuk secara konsensus,” katanya.

Tegas Zambry lagi, matlamat Pakatan Harapan juga bukannya dari segi konteks lebih besar untuk pembangunan negara tetapi hanya ingin untuk menjatuhkan seorang manusia.

“Apabila PKR ditubuhkan matlamat untuk seorang manusia yang akhirnya tidak dapat membentuk satu falsafah politik yang lebih besar kepada negara..kerana asasnya sendiri adalah disebabkan untuk memastikan seorang tokoh ditumpaskan

“Matlamat untuk membentuk sebuah negara hanya datang kemudian namun matlamat asas adalah meletakkan seseorang yang paling ideal.

“Mereka hanya ingin menjatuhkan seseorang dan diberikan janji-janji sebagai contoh kalau mereka membentuk kerajaan mereka beritahu pada rakyat janji dahulu dari segi kawalan harga minyak yang terbukti tidak boleh dikawal oleh negara tetapi mengikut harga pasaran dunia.

“Matlamat itu hanya gambaran diberikan kepada rakyat iaitu ‘gula-gula’ diberikan kepada rakyat persoalannya “kalau” semuanya memancing rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, BN sama sekali tidak berasa gentar kerana ianya bukan satu suasana baru untuk dihadapi.

“Kita telah melalui sepak terajang politik naik turun politik dan pelbagai keadaan politik tanah air dan yakin dengan kepimpinan BN dapat mengharungi situasi kini,” katanya.

Terdahulu Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti pembangkang mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula sebagai pengerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");