Membawang Hari Ini

Brooklyn Beckham Bercinta Dengan Madison Beer

ANAK sulung pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dikatakan sudah berjumpa pengganti baru selepas putus cinta dengan pelakon Chloe Grace Moretz.

Menerusi laporan E News, Brooklyn dan kekasihnya, Madison Beer, seorang penyanyi dan pelakon tidak mahu membuang masa dan mereka kini di fasa mengenali hati budi masing-masing.

Foto pasangan tersebut keluar bersama ketika berada di Los Angeles yang dirakam jurugambar bebas mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber, Brooklyn dan Madison juga pernah dilihat makan malam bersama ibunya, Victoria Beckham di West Hollywood.

“Mereka berdua pernah dilihat makan malam bersama ibu Brooklyn, Victoria Beckham. Nampaknya, hubungan pasangan ini semakin serius,” kata sumber.

Pada awal bulan ini, bekas kekasih Madison iaitu Jack Gilinksky pernah mengelarkan wanita tersebut sebagai pelacur.

Namun, Gilinsky telah memohon maaf atas kelanjuran katanya itu.

Sementara itu, hubungan cinta Brooklyn dan Chloe telah berakhir pada penghujung tahun 2016.-MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");