Membawang Hari Ini

“Cerita Yang Keluar Itu Tak Betul – Indah Ruhaila

Teka-teki mengenai status pertunangan Indah Ruhaila akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan beliau sudah putus tunang sejak awal tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Indah, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan dengan bekas tunang bagi menjaga hati kedua belah pihak,

“Saya sudah putus hampir enam bulan. Kalau boleh saya tak nak mengungkit lagi kisah lama. Apa yang berlaku biarlah berlalu. Bukan apa, perkara sebegini terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Saya nak menjaga hati banyak pihak. Cukup sekadar orang sekeliling tahu antara kami sudah tidak ada sebarang hubungan. Jangan tanya lagi mengenai perkara itu,” katanya

Indah yang popular menerusi lagu Percayalah berkata, dia sudah memulangkan cincin dan barangan hantaran lain kepada pihak lelaki.

Indah juga menafikan gosip dia menjalin hubungan dengan jurulatih gimnasium sebagai punca putus tunang.

“Cerita yang keluar itu tak betul,” katanya.

Menerusi kenyataan sebelum ini, Indah yang sudah tiga tahun bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr R merancang untuk berkahwin pada Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");