Membawang Hari Ini

Cincin Hilang, Emma Watson Rayu Bantuan Peminat

PELAKON Hollywood Emma Watson memohon bantuan peminat untuk mencari tiga bentuk cincin  berharganya yang hilang di Mandarin Oriental Spa, London.

Menurut laporan Daily Mail, Emma telah memuat naik status di media sosial Facebook dan meminta orang ramai yang menjumpai cincin tersebut supaya memulangkannya.

Menurut Emma, dia telah menyimpan cincin itu di dalam sebuah loker namun terlupa untuk mengambilnya ketika hendak pulang.

Dia yang terkenal dalam filem bersiri, Harry Potter menerusi watak Hermione Granger,  kemudiannya menghubungi pihak pengurusan spa, namun mereka memaklumkan tidak menjumpai cincin-cincin itu.

“Cincin tersebut sangat berharga kepada saya kerana ia merupakan hadiah daripada ibu sejak saya kecil lagi.

“Cincin itu mempunyai nilainya yang tersendiri bagi saya kerana setiap hari saya akan memakainya.

“Kalau cincin biasa saya tidak kisah sangat kerana boleh beli yang baru namun itu adalah satu-satunya pemberian daripada ibu saya.

“Saya berharap jika sesiapa yang menjumpai atau mengetahui di mana cincin itu berada agar dapat memulangkan semula kepada saya,”katanya.

Emma juga berharap agar peminatnya dapat membantunya menyebarkan maklumat ini supaya cicin tersebut dapat dijumpai semula.

 

-ASTRO GEMPAK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");