Jenayah

Culik Tauke Restoran: Dua Pengganggur Dihadapkan Ke Mahkamah

KLUANG: Dua pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran pada bulan lepas.

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");