Isu Panas

DAP Beri Peringatan Jangan Serang Mahathir!

KUALA LUMPUR – DAP memberi peringatan kepada UMNO supaya jangan menyerang Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama DAP dalam Pakatan Harapan.

Penasihatnya, Lim Kit Siang mendakwa jika UMNO terus menyerang Mahathir, maka 85 peratus undi Melayu akan berpindah kepada DAP dan parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.

“UMNO mungkin berakhir seperti MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (kehilangan sokongan kaum Cina) yang akhirnya mengadu Mahathir telah mendapat sokongan 85 peratus pengundi Melayu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa parti Melayu UMNO kini berhadapan cabaran kehilangan sokongan majoriti Melayu dan kakitangan kerajaan yang kini menyokong DAP serta Pakatan Harapan.

DAP merupakan sebuah parti sekular dan liberal yang mengetuai Pakatan Harapan. Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

PAN adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun 2015. Kepimpinan mereka ditolak oleh ahli dan penyokong PAS kerana dilihat taksub kepada ideologi DAP serta PKR.

PPBM pula ditubuhkan oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas strategi mereka untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2015 dan 2016 gagal membuahkan hasil.

Penentangan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin keatas Najib pada tahun 2015 dan 2016 itu dipercayai bertujuan memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Presiden UMNO bagi melindungi
kepentingan Mahathir dan kroni-kroninya yang terjejas dengan dasar baharu pentadbiran negara.

Antara strategi yang dilakukan Mahathir dan kuncu-kuncunya ketika itu adalah cuba mewujudkan penentangan ahli UMNO keatas Najib sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Mahathir kemudian keluar UMNO pada Februari 2016 bagi membangkitkan penentangan yang sama. Pada Mei 2008, strategi berkenaan berjaya menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO.

Strategi keluar UMNO merupakan taktik Mahathir bagi menggulingkan Presiden UMNO yang enggan menuruti kehendaknya. Strategi itu bertujuan menimbulkan pergolakan dalam UMNO sekali gus memberi tekanan kepada presiden parti sedia ada.

Muhyiddin pula dipecat daripada UMNO pada 24 Jun 206 selepas beliau mengkhianti parti Melayu itu dengan berkempen untuk pembangkang dalam dua pilihan raya kecil gara-gara kecewa digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sejak itu, Muhyiddin mewar-warkan kepada masyarakat kononnya beliau dipecat daripada UMNO kerana Najib berdendam keatasnya. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");