Sukan Hari Ini

Dhabitah Mara Ke Final

BUDAPEST: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, berjaya mara ke peringkat akhir 3 meter papan anjal apabila menamatkan saingan separuh akhir Kejohanan Akuatik Dunia 2017 (FINA) dalam kelompok 12 terbaik, manakala seorang lagi penerjun, Ng Yan Yee, kempunan ke final selepas berada di tangga ke-13. 
Selepas kejayaan manis dilakar Cheong Jun Hoong, semalam, dua penerjun negara turun dengan misi sama iaitu sekali lagi meletakkan Malaysia di persada dunia. 
Selepas mudah melepasi saingan kelayakan 3m papan anjal, cabaran lebih sukar dilalui Dhabitah dan Yan Yee dalam separuh akhir. 
Terjunan pertama dan kedua menyaksikan dua penerjun negara itu berada dalam kelompok 10 terbaik dengan Dhabitah mengumpul 131.20 mata manakala Yan Yee pula 121.80 mata. 
Namun, dalam tiga terjunan terakhir, Dhabitah terus mempamerkan terjunan yang konsisten dan mengumpul 321.70 mata untuk berada di tangga keenam.
Sementara itu, Ng Yee pula gagal mencatatkan terjunan yang baik sekaligus menamat saingan di tangga ke-13 dengan catatan penuh 285.30 mata. 
-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");