Jenayah

Dua Beranak Direman Kes Seleweng RM4 juta

AYER KEROH: Dua beranak, yang mana mereka masing-masing merupakan pegawai dan bekas pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan kes pemindahan wang RM4 juta ke dalam akaun syarikat sendiri.

Perintah penahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi, terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 76 tahun bermula hari ini sehingga 18 Julai ini.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dijatuhkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu, kedua-dua mereka yang berpakaian lokap SPRM warna jingga tiba di perkarangan kompleks mahkamah, di sini, diiringi pegawai SPRM kira-kira jam 11.10 pagi.

SPRM dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia menahan dua beranak berkenaan, petang semalam selepas dipercayai menyalahguna kuasa dan jawatan mereka dengan melulus dan memindahkan kira-kira RM4 juta wang milik MISDEC ke akaun syarikat milik mereka sepanjang tempoh 2014 sehingga 2015.

SPRM turut menyita hampir RM600,000 dalam akaun syarikat terbabit dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan perkakasan syarikat bernilai hampir RM350,000.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");