Jenayah

Dua Beranak Songlap RM4 Juta Dibebas Dengan Jaminan

AYER KEROH: Dua beranak yang direman sejak dua minggu lalu kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan meluluskan pemindahan RM4 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dibebaskan dengan jaminan RM200,000, hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi membenarkan kedua-dua suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan RM200,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada kira-kira jam 10 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka adalah pegawai dan bekas pegawai Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC), masing-masing berusia 43 dan 76 tahun.

Pada 12 Julai lalu, media melaporkan SPRM telah membekukan satu akaun syarikat milik dua beranak itu yang mempunyai hampir RM600,000, selain merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan perkakasan syarikat bernilai hampir RM350,000.

MISDEC mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia serta Kerajaan Melaka untuk membina kolej kemahiran industri dengan RM4.5 juta diperuntukkan bagi tujuan latihan.

Siasatan SPRM mendapati MISDEC menerima RM4.5 juta, tetapi tiada program atau latihan dikendalikan pusat itu yang juga gagal menghantar minit mesyuarat kepada ROS sejak lapan tahun lalu sehingga pendaftaran dibatalkan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");