Jenayah

Dua Budak Digigit Anjing Tiada Gejala Rabies – Exco

IPOH: Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lepas disahkan tidak mempunyai tanda-tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kanak-kanak yang masing-masing berumur 11 dan 12 tahun itu disahkan sihat tanpa penyakit berkaitan penyakit berkenaan.

“Kedua-duanya sihat, jangkitan anjing telah sembuh. Kedua-duanya tidak ada tanda sakit. Kanak-kanak itu akan dipantau hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Sementara itu Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saraani Mohamad berkata, Jabatan Kesihatan negeri perlu bersiap siaga untuk menangani kes berkenaan.

“Jika perkara itu serius ambil tindakan sewajarnya supaya tidak membimbangkan  rakyat. Kita juga meminta Jabatan Veterinar negeri untuk mengambil tindakan supaya kes itu tidak merebak dan menjadikan orang panik,”katanya ketika ditemui selepas perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Lenggong di sini, Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam pada Ahad mengeluarkan kenyataan jabatannya telah melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang susulan kes rabies berkenaan.

Menurutnya, kes itu dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada Khamis lalu bahawa anjing miliknya telah mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");