Sukan Hari Ini

Enam Pemain Tidak Ke Bangkok Bakal Dinilai Semula Kim Swee

Enam pemain yang tidak melaporkan diri ke Bangkok bagi saingan kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun bakal dinilai kembali oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.

Setakat ini, hanya 22 pemain akan  dibawa ke Bangkok bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan H berdepan Indonesia, Rabu ini.

Enam pemain yang masih gagal melaporkan diri adalah Matthew Davies dan Mohd Nor Azam Azih dari Pahang, Safawi Rasid dan Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim) serta dua pemain Pulau Pinang, S. Kumaaharan dan Syamer Kutty Abba yang digugurkan sementara oleh Kim Swee.

Walau bagaimanapun, mereka akan dinilai semula untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran Sukan SEA jika pemain sedia ada ini gagal mempamerkan aksi memuaskan di Bangkok.

“Masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada untuk menggugurkan mereka daripada menyertai skuad untuk beraksi dalam Sukan SEA.

“Fokus saya adalah aksi di Bangkok dan selepas itu, saya akan menilai semula sama ada memerlukan khidmat mereka ataupun tidak,” katanya.

Diundi bersama Indonesia, Thailand, dan Mongolia, Kim Swee memberi bayangan akan mengekalkan kesebelasan utama sepertimana aksi persahabatan menentang Myanmar, 13 Julai lalu.

Tegasnya, kelemahan sekarang tidak terletak pada individu pemain, sebaliknya pada sebuah pasukan di mana keampuhan bahagian tengah masih perlu diberi perhatian.

“Semua pemain menyedari peranan mereka, kami harus membuktikan kebolehan kami di atas padang. Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun ini amat penting buat saya.”

-STADIUM ASTRO 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");