Perak Hari Ini

Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan: Bukti Kerajaan Komited Dengan Pembangunan Pendidikan Negara

TELUK INTAN: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan bangunan baharu Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan sebagai bukti bahawa kerajaan bersungguh-sungguh memastikan sistem pendidikan tempatan berdiri sama tinggi dengan pendidikan antarabangsa.

“Kewujudan bangunan ini, merupakan satu lagi bukti komitmen kerajaan menerusi universiti bagi memastikan aspirasi pendidikan terus mengorak langkah jauh kehadapan setanding di peringkat antarabangsa.

“Saya difahamkan UiTM Kampus Teluk Intan ini dibina dengan tujuan menjadikannya sebagai sebuah Pusat Kaji Selidik Komuniti yang memberikan penekanan terhadap kesihatan masyarakat luar bandar”, katanya.
Tambah Idris, dengan kewujuan kampus ini juga ia bakal menyediakan tenaga kerja professional dalam bidang perubatan tempatan pada masa akan datang.
Pada masa sama, Naib Censelor UiTM, Professor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata bagi memastikan sistem pembelajaran menepati standard global, Fakulti Perubatan UiTM telah mewujudkan kerjasama dengan University of Melbourne.
“Bagi mencapai standard antarabangsa, kampus ini telah mengadakan hubungan dengan University of Melbourne dan sehingga kini ada lima orang pelajar perubatan dari Fakulti Perubatan telah meneruskan penyelidikan selama setahun di University Harvard”, katanya.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini perkenan mencemar duli bagi merasmikan Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Teluk Intan, Jalan Changkat Jong, pada Selasa.

UiTM Kampus Teluk Intan yang dibina di atas tanah seluas 10 ekar ini merupakan kampus satelit dan merupakan kampus yang dikhususkan untuk pelajar perubatan selain dari Kampus di Selayang dan Sungai Buloh.
Pada majlis perasmian tersebut ia turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");