Membawang Hari Ini

Polis Evo 2 Bakal Mulakan Penggambaran, Heroin Baru Ganti Nora Danish

Filem Polis Evo yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sejak dua tahun lalu masih berbahang dan filem kedua terbitan Astro Shaw itu itu bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Jika sebelum ini Nora Danish menjadi pelakon wanita tunggal filem Polis Evo, anda mesti teruja untuk mengetahui siapakah heroin filem sekuel ini.
Baru-baru ini pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Raline Shah telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosialnya menunjukkan dia sedang berlatih di sebuah gimnasium di Kuala Lumpur.
Dalam Insta Storynya, pelakon itu turut meletakkan kapsyen ‘PE2 Training Day’ dan hari ini sesi latihannya sudah memasuki hari ketujuh.
Malah, pelakon Indonesia itu juga memuat naik video bersama pelakon utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam.
Kemaskini media sosial Raline sekali gus mengiyakan dia merupakan bintang gandingan yang bakal beraksi bersama Shaheizy Sam, Zizan Razak dan primadona Melayu, Erra Fazira.
Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.
Untuk rekod, filem Polis Evo telah mencapai kutipan pecah panggung RM17.47 juta sejak ditayangkan pada 17 September 2015.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");